Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

POLIS MARIN, KPDNKK RAMPAS BAJA SUBSIDI BERNILAI RM350,000

Alor Setar, 28 September 2018 - Pasukan Polis Marin (PPM) Langkawi dengan kerjasama bahagian penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri Kedah merampas 13,301 beg baja bersubsidi yang diseleweng dalam satu serbuan di Kampung Simpang Kuar, dekat sini, semalam.

Komander PPM Wilayah Satu, ACP Rosman Ismail berkata, pasukannya bertindak menahan dua individu warga asing setelah menerima maklumat daripada Unit Risikan Marin.

Menurutnya, hasil siasatan awal turut menemukan gudang kedua yang menjalankan aktiviti memproses semula baja bersubsidi tanpa lesen untuk dijual menggunakan bungkusan baharu.

Kesemua tahanan dan barang rampasan termasuk baja bersubsidi yang jumlah keseluruhannya dianggarkan bernilai RM350,000 diserahkan kepada KPDNKK Kedah untuk siasatan lanjut di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS