Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

WARGA ASING SERANG POLIS, DISYAKI TERLIBAT JENAYAH PECAH RUMAH TUMPAS

Tiga lelaki maut ditembak polis dalam hutan di Puncak Bukit Mutiara, Tanjong Bungah, Georgetown, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 5 pagi itu, semua suspek yang dipercayai warga asing berusia 30-an ditembak selepas mereka cuba menyerang polisdengan parang.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/ Operasi) Pulau Pinang, Asisten Komisioner Rahimi Raais berkata, sebelum itu polis menerima maklumat daripada seorang wanita yang tinggal berhampiran kawasan terbabit mengatakan rumahnya cuba dipecah masuk.

Menurutnya, bertindak daripada maklumat itu, polis kemudian ke lokasi kejadian dan tiga suspek terbabit melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran.

“Ketika itu, suspek cuba menyerang menggunakan parang dan anggotapolis terpaksa melepaskan tembakan.

“Setakat ini, identiti semua suspek masih belum dikenal pasti, namun mereka dipercayai warga asing,” katanya.

Rahimi berkata, siasatan di lokasi kejadian menemui tiga parang dan polispercaya dapat menyelesaikan lapan kes pecah rumah di daerah Timur Laut.

Setakat ini, anggota forensik masih berada di lokasi kejadian.

 
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS