Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

SUSPEK PECAH RUMAH, CABUL DITAHAN

Alor Setar, 1 Disember 2018 - Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terbabit dalam kes pecah rumah dan cabul seorang remaja perempuan di Taman Seraya, Kulim, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ahmad Nasir Jaafar berkata dalam kejadian 3 pagi itu, mangsa berusia 17 tahun sedang tidur bersama tiga rakan perempuan di rumahnya sebelum dua lelaki berusia 20-an menceroboh masuk ke dalam biliknya.

"Semasa kejadian, lampu bilik mangsa dalam keadaan terpasang sebelum seorang daripada suspek terus mencabul mangsa dan mengambil komputer riba, tab jenama Asus dan topi keledar sebelum mereka melarikan diri.

"Mangsa sempat mengecam salah seorang daripada suspek yang pernah bekerja dengan bapanya sebagai pekerja kontrak,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Ahmad Nasir berkata mangsa kemudiannya membuat laporan di Balai PolisKulim dan polis berjaya menahan suspek berhampiran rumah mangsa pada 9.45 malam tadi ketika suspek bertemu keluarga mangsa untuk berbincang.

"Suspek yang mempunyai dua rekod jenayah lampau mengaku terlibat dalam kejadian tersebut dan perintah reman akan dipohon hari ini. Polisjuga sedang memburu seorang lagi suspek," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kanak-Kanak 2001.- Bernama

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS