Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

HINA NABI MUHAMMAD SAW, SEORANG REMAJA DITAHAN POLIS

 

Miri, 19 April 2019 - Seorang remaja perempuan ditahan polis susulan memuat naik status di Facebook yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, SAC Dennis Leong Soon Kuai berkata, terdahulu suspek berusia 18 tahun itu ditahan oleh Jabatan Agama Islam Sarawak sekitar jam 12.10 tengah malam.

Suspek kemudian diserahkan kepada polis untuk disiasat di bawah Akta Hasutan.

"Suspek direman selama empat hari sehingga Selasa depan untuk siasatan lanjut," katanya.

 

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS