Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

POLIS TELAH MENAHAN DUA PENARIK KERETA


Kuala Lumpur, 21 Mei 2019 - Polis telah menahan dua lelaki yang cuba menarik kereta seorang wanita di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, Jumaat lalu.

Satu klip video berdurasi 2.03 minit yang memaparkan kejadian tersebut tular di laman Facebook semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, tangkapan pertama dibuat selepas pemandu trak tunda itu tampil menyerah diri pada jam 2.20 petang, manakala rakannya pula ditahan di sebuah hotel pada jam 11.50 malam.

Polis masih memburu seorang lagi individu dikenali sebagai Devan bagi membantu siasatan dan menggesa agar individu terbabit segera menyerah diri.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/…/Polis-tahan-dua-penarik-ke…

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS