Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

POLIS TUMPASKAN GENG SURYA AKTIF PECAH RUMAH

 

Melaka, 11 Julai 2019 - Geng Surya yang aktif melakukan kegiatan samun barang kemas majlis perkahwinan masyarakat India membabitkan nilai kerugian hampir RM1 juta berjaya ditumpaskan oleh pasukan polis dalam Op Bridal, Isnin lalu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, penangkapan bersiri lapan lelaki berusia antara 24 hingga 54 tahun tersebut membawa kepada penyelesaian 30 kes pecah rumah membabitkan barang kemas milik pengantin baharu.

Beliau berkata, dalang utama merupakan seorang pemandu lori berusia 38 tahun dikenali sebagai Surya berjaya dicekup di sekitar Ayer Keroh.

"Hasil soal siasat lelaki berkenaan membawa kepada tujuh penangkapan bersiri ahli-ahli geng tersebut di sekitar Melaka termasuk seorang tukang emas berusia 54 tahun yang pakar dalam melebur dan membentuk rekaan baru bagi tujuan gadai atau jual semula.

"Kita percaya geng ini telah aktif melakukan pecah rumah pengantin baharu sejak enam bulan lalu," katanya pada sidang akhbar Op Bridal di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, Bukit Beruang, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, geng tersebut turut mengakui terlibat dalam 26 kes pecah rumah pengantin di sekitar Melaka, manakala empat kes di Negeri Sembilan.

Keseluruhan rampasan termasuk tiga patung emas, pelbagai barang kemas, telefon bimbit, lima buah televisyen, komputer riba, surat pajak gadai, jam tangan dan peralatan pecah rumah serta lebur emas.

Sumber: Polis Melaka dan Kosmo Online http://www.kosmo.com.my/…/geng-surya-curi-barang-kemas-peng…

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS