Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

#PKPP #COVID-19 #Op_Benteng #WarAgainstDrugs ARTIKEL PILIHAN: POLIS KEDAH TUMPAS SINDIKET PENYELUDUPAN DADAH DI SEMPADAN MALAYSIA-THAILAND


Kuala Nerang, 27 November 2020 - Polis Kedah berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dadah terbesar bagi tahun ini, susulan penahanan tujuh lelaki dan penemuan pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai lebih RM18 juta berhampiran sempadan Malaysia-Thailand, dekat sini.

Ketua Polis Kedah, CP Dato’ Hasanuddin Hassan berkata penahanan yang dilakukan dalam empat serbuan berasingan pada Rabu dan Khamis itu, melibatkan tangkapan lima lelaki warga Thailand dan dua lelaki tempatan berumur 32 hingga 48 tahun.

"Serbuan pertama pada jam 8.00 malam Rabu lepas, polis menahan sebuah kereta jenis Wira Aeroback di tepi Jalan Padang Sanai dan menahan dua lelaki Thailand berumur 28 tahun. Pemeriksaan lanjut menemukan dadah jenis Heroin seberat lebih 108 kilogram (kg) di bahagian belakang bonet kereta dianggarkan bernilai RM18 juta.

“Pada Jam 6.00 pagi Khamis, dibantu oleh Batalion 3, Pasukan Gerakan Am (PGA) Kem Bidor, satu serbuan dilakukan di kawasan Hutan Simpan Situlang, Padang Terap dan seorang lelaki Melayu dan lelaki Thailand yang menaiki kereta jenis Mitsubishi Pajero berjaya ditahan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Terap di sini, hari ini.

Katanya, hasil pemeriksaan lanjut pihaknya menemukan dadah jenis Ganja seberat 7.75 kg bernilai RM20,000 di bahagian tempat duduk belakang kereta berkenaan.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1906069

Sumber: Polis Kedah dan BERNAMA

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: 3 people, people sitting

Image may contain: 1 person, standing, car and outdoor

Image may contain: 1 person, standing, car and outdoor

Image may contain: 1 person, indoor

Image may contain: 2 people

Image may contain: 2 people, indoor

No photo description available.

Image may contain: indoor and food, text that says 'PADANG SANAI /2020 REPOT :- SEKSYEN ADB/ IP/JSJN 263/2 1.O INSP. AB HALIM BIN MOHD SAJUDI 39 39B ADB ADR 2020 1952 600. fo PolisKedah'

Image may contain: outdoor

Image may contain: indoor and food, text that says 'PADANG SANAI REPOT 2020 2020 IP/ JSJN/ SEKSYEN: 39B ADB 1952 I.C INSP AB HALIM BIN MOHD SAJUDI fo PolisKedah'

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS