Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

POSTING PILIHAN: PPM WILAYAH TIGA RAMPAS ROKOK BERNILAI RM1.5 JUTA

Tumpat, 30 Januari 2021 - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor merampas 10,000 karton rokok putih bernilai RM1.5 juta termasuk cukai eksais kastam dipercayai diseludup dari Thailand, hari ini.

Komander PPM Wilayah Tiga, ACP Tuan Norzaid Muhammad Said berkata, rampasan itu dilakukan menerusi Op Benteng dalam serbuan di kawasan Jalan Parit Tali Air dari Kampung Cempaka menghala ke Kampung Cherang di Kota Bharu, kira-kira 6.30 pagi tadi.

"Sepasukan pegawai dan anggota menjalankan risikan dan intipan terhadap penyeludupan rokok putih dan mengesan sebuah lori yang disasarkan memasuki lorong di laluan berkenaan.

"Kenderaan itu diberhentikan dengan menutup kedua-dua arah lorong tersebut menggunakan sebuah kenderaan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan tiga kenderaan samaran," katanya ketika ditemui pemberita di Markas Operasi PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor, di sini, hari ini.

Tuan Norzaid berkata, keseluruhan barangan rampasan termasuk lori seberat tiga tan yang bernilai RM1.58 juta dihantar ke balai polis berkaitan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1927061


Image may contain: 1 person, standing and outdoor

Image may contain: 1 person, standing

Image may contain: people sitting

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS