Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

#WarAgainstDrugs POSTING PILIHAN: POLIS TAHAN PEMANDU TEKSI, RAMPAS DADAH RM 3.2 JUTA

Kuala Lumpur, 8 Mac 2021 - Polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM3.42 juta selepas menumpaskan sindiket pengedaran bahan terlarang itu yang didalangi empat lelaki termasuk seorang pemandu teksi, pada Rabu lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, sindiket itu dikatakan menggunakan teksi sebagai modus operandi mengedar dadah. Katanya, suspek berusia antara 34 hingga 58 tahun ditahan di sekitar Lembah Klang, pada jam 4 petang Rabu lalu.

Susulan tangkapan berkenaan, polis menyerbu sebuah kondominium dan rumah di Kepong yang membawa kepada penemuan pelbagai dadah. "Antara dadah dirampas adalah Heroin seberat 31.1 kilogram (kg), Ketamin (10.1 kg), Methamphetamine (2.4 kg), Ekstasi (0.9 kg) dan 400 pil Erimin 5. "Pemeriksaan di kondominium itu turut menemui sepucuk pistol jenama Norinco buatan China, kelopak peluru, 23 butir peluru dan wang tunai RM11,792," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Bacaan lanjut d pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../dadah-rm342j-dirampas...

Sumber: Polis KL dan Berita Harian

May be an image of 1 person

May be an image of 1 person

May be an image of 2 people and people standing

May be an image of 2 people

No photo description available.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS