Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] OP KHAZANAH: LAPAN INDIVIDU CEROBOH KAWASAN LARANGAN DITAHAN

Kota Kinabalu, 16 Ogos 2021 - Padah menangkap ikan di kawasan taman laut, lapan lelaki ditahan selepas disyaki menceroboh kawasan larangan di Pulau Tiga di sini, kelmarin.

Tangkapan pertama Op Bersepadu Khazanah (OBK) pada jam 4.27 petang itu dijalankan Pasukan Tiger Platoon, Batalion 16, Pasukan Gerakan Am (PGA) Kota Kinabalu bersama renjer Taman-Taman Sabah (TTS) dan Jabatan Perhutanan Sabah.

Turut serta dalam operasi itu adalah Unit Dron dari Pasukan Gerakan Udara (PGU), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

Komander Briged PGA Sabah, SAC Tuan Mohd Abduh Ismail berkata, penahanan itu susulan pemantauan melalui udara oleh Unit Dron PGU yang mendapati sebuah bot berada dalam kawasan larangan.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat itu, Pasukan Tiger Platoon, Batalion 16, PGA Kota Kinabalu bersama renjer TTS dan Jabatan Perhutanan ke lokasi bot berkenaan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Enakmen Taman 1984 Pindaan 2007.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Harian Metro.

May be an image of text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS