Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

VIDEO PILIHAN: SINDIKET 'DATUK KEN' TUMPAS SUSULAN PENAHANAN 15 INDIVIDU TERMASUK KETUA

Shah Alam, 16 Ogos 2021 - Sindiket kegiatan haram didalangi seorang lelaki bergelar ‘Datuk Ken’ tumpas susulan penahanan 15 individu warga tempatan di sekitar Rawang, Gombak dalam op khas pada 6 Julai dan 11 Ogos lepas.

Ketua Polis Selangor, CP Dato' Arjunaidi Mohamed berkata, siri serbuan yang dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor dan Bahagian Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman turut berjaya menahan suspek utama berumur 40 tahun bersama isterinya, 41, di kediaman mereka di Rawang pada 11 Ogos.

Hasil siasatan pihaknya mendapati, lelaki tersebut menjalankan kegiatan haram antaranya aktiviti perjudian dalam talian, pelombongan bitcoin dan peminjaman wang tanpa lesen (Ah Long) secara berperingkat sejak 2014.

“Bagi aktiviti perjudian, sindiket berkenaan telah beroperasi bermula dari 2016 di sekitar Selangor, Perak, Pahang dan Sabah serta memperoleh keuntungan sehingga RM6 juta setahun. Bagi kegiatan bitcoin, mereka bermula dari tahun lepas dan sindiket mendapat keuntungan sebanyak RM800,000 sebulan.

“Bagi kegiatan Ah Long yang bermula 2014, mereka hanya menawarkan pinjaman kepada kenalan rapat serta ahli perniagaan dengan mengenakan kadar faedah sekitar lapan hingga 10 peratus sebulan dan sindiket memperoleh keuntungan sekitar RM2 juta setahun,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, hari ini.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,

 https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...
Sumber: BERNAMA dan Berita Harian


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS