Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

KERATAN AKHBAR PILIHAN: EMPAT PEMANDU KERETA MEWAH DITAHAN BERLUMBA LAWAN ARUS

Shah Alam, 6 September 2021 - Tindakan empat lelaki menguji kelajuan kereta mewah berhampiran kawasan Awan Besar di Lebuhraya Shah Alam (KESAS) membawa padah apabila mereka ditahan di sini awal pagi Ahad.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, DCP Dato' Mohd Nadzri Hussain berkata, kesemua mereka ditahan dalam Operasi Khas Samseng Jalanan yang bermula jam 10 malam pada Sabtu dan tamat sekitar jam 4.45 pagi Ahad.

"Pada jam 11.20 malam, pasukan tangkapan berada di Lebuhraya Kesas arah Klang terlihat dengan jelas dua buah kereta Nissan R35 keluar dari kawasan rehat dan rawat (RNR) Awan Besar secara melawan arus dan memberhentikan kereta secara selari.

"Dua buah kereta itu terus memecut laju bermula dari kilometer (km) 47.8 sehingga km 47.7 kemudian telah melawan arus di susur RNR menghala semula ke km 47.8. Mereka melakukan aksi sama sebanyak tiga pusingan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Dato' Mohd Nadzri berkata, sekitar jam 11.50 malam, dua lagi kereta jenis BMW M6 dan Mercedes Benz A14 pula mengulangi perbuatan yang sama sebanyak dua pusingan.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of standing and car
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS