Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] OP KONTRABAN: SINDIKET BERSELINDUNG DI SEBALIK PERNIAGAAN SAH ELAK DIKESAN PIHAK BERKUASA

Sindiket penyeludupan barangan kontraban dikesan berselindung di sebalik personaliti baik dengan menyamar sebagai ahli perniagaan yang sah bagi mengelak perbuatan jenayah mereka dikesan pihak berkuasa.

Mendedahkan modus operandi terbaharu itu, Pegawai Pemerintah Batalion 5, Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintendan Tuan Dimin Awang berkata, rangkaian sindiket berkenaan akan membuka perniagaan sah bagi menutup hasil keuntungan yang diperoleh daripada aktiviti haram mereka.

Menurut beliau, taktik itu digunakan sindiket bagi membolehkan hasil keuntungan yang diperoleh ‘dicuci' atas nama perniagaan yang sah.

“Selain menggunakan orang tempatan sebagai pekerja, mereka juga berlagak baik dan gemar memberi sumbangan menerusi aktiviti masyarakat termasuk menderma untuk orang susah.

“Apa itu kontraban? Ia adalah bermaksud barang yang dilarang dan ditegah oleh undang-undang negara daripada dieksport atau diimport atau diniagakan.

“Penyeludupan barangan merujuk kepada perbuatan membawa masuk barang-barang bercukai atau larangan masuk atau keluar Malaysia secara tidak sah,.” katanya dalam temu bual khas bersama Sinar Harian baru-baru ini.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian.



May be an image of standing
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS