Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

#WarAgainstDrugs KERATAN AKHBAR PILIHAN: SINDIKET PROSES, EDAR DADAH ANTARABANGSA TUMPAS

Johor Bahru, 18 September 2021 - Polis menumpaskan sindiket memproses dan mengedar dadah antarabangsa selepas menahan 10 individu termasuk dua wanita dalam tujuh serbuan berasingan di sekitar daerah Johor Bahru dan Iskandar Puteri, Rabu lalu.

Ketua Polis Johor, CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, sindiket yang dipercayai baru sebulan beroperasi itu tumpas hasil serbuan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontijen (1PK) Johor bermula jam 1.45 tengah hari hingga 11 malam.

Katanya, dalam serbuan terbabit, polis berjaya merampas dadah bernilai RM1.03 juta selain bahan kimia, peralatan dan mesin memproses bagi menghasilkan dadah, serta menyita empat kereta termasuk tiga unit barang emas.

Beliau berkata, polis menjalankan risikan selama dua bulan terhadap sindiket ini yang modus operandi mereka menyewa kediaman di kawasan berpagar dan dikawal pengawal keselamatan bagi mengelak kegiatan mereka dihidu polis.

"Jumlah dadah yang dirampas ialah 25.2 kilogram (kg) Heroin dan 14 kg serbuk Ecstasy. Dadah ini dianggarkan boleh digunakan seramai 172,666 penagih.

"Hasil siasatan mendapati, sindiket ini turut mengedarkan dadah untuk pasaran Indonesia dan Singapura," katanya pada sidang media di IPK Johor, semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.

May be an image of 1 person and text that says 'Sindiket proses, edar dadah antarabangsa tumpas 10 individu ditahan dalam serbuan selepas risikan selama dua bulan enis Yama- Ahmad, Nurul Seksyen bhnews@bh.com.my Bahru: menumpaskan menunjukkan dadah bentuk yang dirampas polis menahan tiga 303.15kg gahan mentara erkaa sini, katanya. Tinggi, Johor dalam dadah menja- yang ialah perairan tahun, keseluruhan RM350,000 termasuk dijalankan aDadah 22Septmbe seningga'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS