Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

KERATAN AKHBAR PILIHAN: POLIS JOHOR TAHAN 14 ANGGOTA KONGSI GELAP

Johor Bahru, 17 November 2021 - Kerana salah faham, 14 ahli kongsi gelap bergaduh dalam satu kejadian di Kulai, Ahad lalu yang membawa kepada penahanan mereka oleh Polis Johor.

Ketua Polis Johor, CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, semua anggota kumpulan haram itu yang berusia 17 hingga 53 tahun dikesan bergaduh dalam keadaan mabuk.

Katanya, mereka ditahan dalam operasi Op Cahaya yang dilancarkan sejak 28 Oktober lalu bagi mengawasi dan memantau keadaan negeri sepanjang musim perayaan.

"Op Cahaya memfokus kepada kes membabitkan gangsterisme atau kumpulan kongsi gelap termasuk pergaduhan sesama mereka.

"Sepanjang operasi dijalankan sebanyak 66 kes kekerasan dikesan di seluruh negeri dengan 30 penahanan dibuat termasuk 14 individu bukan anggota kongsi gelap dan 14 ahli kongsi gelap itu pada Ahad lalu.

"Mereka bergaduh dalam keadaan mabuk dengan punca pergaduhan kerana salah faham," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini semalam.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Harian Metro.

May be an image of 2 people and text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS