Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

#WarAgainstDrugs POSTING PILIHAN: PAKAR MASAK HEROIN DITAHAN DI PULAU PINANG

Pulau Pinang, 20 November 2021 - Seorang ‘otai’ dadah tempatan berusia 54 tahun yang memiliki kepakaran memasak dadah jenis Heroin ditahan dalam serbuan di Permatang Nibong, Bukit Mertajam, dekat sini, Rabu lalu.

Selain otai dadah itu yang bergerak aktif sejak 1995, polis turut menahan isteri suspek berusia 30 tahun serta satu lagi pasangan suami isteri berusia 50 dan 40 tahun dipercayai terlibat dengan sindiket memproses dan mengedar dadah jenis Heroin serta Ganja.

Dalam operasi berkenaan, polis merampas dadah jenis Heroin, Ganja dan peralatan memasak dadah dianggarkan bernilai RM126,840 serta menyita sebuah kereta jenis Honda Civic.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang, ACP Tuan Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, penangkapan otai dadah berkenaan membongkar sebuah makmal haram di sebuah rumah inap desa di Kulim, Kedah yang menjadi lokasi memproses dadah jenis Heroin.

“Polis melancarkan lima serbuan di kawasan Seberang Perai Tengah, Timur Laut dan daerah Kulim, Kedah pada Selasa dan Rabu lalu seterusnya menahan empat suspek terdiri daripada dua pasangan suami isteri.

“Serbuan pertama dibuat Selasa lalu di sebuah rumah di Bukit Mertajam yang mana polis menahan pasangan suami isteri berusia 50 dan 40 tahun kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah jenis Ganja serta Heroin,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis (IPK) Pulau Pinang, di sini hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut:

Sumber: PDRM Pulau Pinang dan Utusan Malaysia

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of 5 people, people standing and text that says 'GRIT PUSAT Ne A PDRM PULAL NẠNG'

May be an image of 5 people, people standing and text that says 'PUSAT MEDIA PDRM ULAU PINAN'

May be an image of 2 people

May be an image of 5 people

May be an image of 2 people and people standing

May be an image of 3 people, people standing and indoor

May be an image of 5 people and people standing

May be an image of 5 people, indoor and text that says 'RO ME S'

May be an image of 6 people and indoor

May be an image of 4 people and indoor

May be an image of car

May be an image of indoor

No photo description available.

May be an image of indoor

No photo description available.

May be an image of food

No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.




PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS