Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

ARTIKEL PILIHAN: LELAKI CETUS PROVOKASI TERHADAP ANGGOTA POLIS DITAHAN

Petaling Jaya, 23 November 2021 - Seorang lelaki ditahan kerana bertindak agresif dengan melontarkan kata-kata kesat terhadap anggota polis di kilometer 2.6 di Jalan Lapangan Terbang Subang menghala Lebuhraya Persekutuan di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Tuan Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, dalam kejadian jam 1.15 pagi itu, sepasukan polis dari Cawangan Kereta Peronda Polis (MPV) cuba menahan sebuah kereta jenis Volkswagen Polo yang dipandu oleh suspek kerana menggunakan telefon bimbit semasa memandu.

"Kami telah mengarahkan suspek untuk berhenti namun pemandu itu enggan sehingga memaksa kami mengikut kenderaan itu, sebelum ia berhenti secara mengejut di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Tuan Mohamad Fakhrudin berkata, semasa pihaknya hendak menjalankan pemeriksaan, suspek berusia 28 tahun itu bertindak agresif dengan melontarkan kata-kata kesat kepada anggota polis.

"Suspek turut bertindak menarik baju anggota polis yang bertugas dan mengarahkan anggota tersebut supaya membuka uniform untuk bergaduh," katanya.

Menurutnya, hasil ujian saringan awal alkohol yang dijalankan terhadap suspek menunjukkan tahap alkohol di bawah paras yang tidak berisiko.

"Hasil semakan rekod lampau mendapati, suspek mempunyai dua rekod berkaitan mencuri dan ugutan jenayah," katanya.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.sinarharian.com.my/.../Lelaki-cetus-provokasi...
Sumber: Sinar Harian

Lelaki cetus provokasi terhadap anggota polis ditahan
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS