Kuala Lumpur, 3 Januari 2022 - Penularan wabak COVID-19 sepanjang tahun lalu sedikitpun tidak menjejaskan aktiviti pengedaran dadah di seluruh negara apabila statistik menunjukkan berlakunya peningkatan mendadak sehingga 103 peratus dari segi rampasan.
Perkara itu didedahkan Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Razarudin Husain yang memaklumkan sebanyak 27,050 kilogram (kg) dadah dengan nilai keseluruhan RM951.69 juta berjaya dirampas.
"Rampasan terbesar adalah melibatkan Syabu iaitu 7,919kg diikuti Ephedrine (5,573kg), manakala Johor dan Pulau Pinang menjadi negeri paling tinggi merekodkan kes." katanya kepada Kosmo.
Ikuti pendedahan lanjut yang disampaikan Timbalan KPN, DIG Dato’ Razarudin Husain mengenai rampasan dan tangkapan dadah sepanjang tahun 2021 seperti di keratan akhbar terbitan
Kosmo Online.