Kuantan, 7 Januari 2022 - Polis menumpaskan sindiket edar dadah jenis Heroin dan Syabu di Temerloh dengan tertangkapnya empat individu di tiga lokasi berasingan pada 2 dan 3 Januari lalu.
Ketua Polis Pahang, CP Dato’ Ramli Mohamed Yoosuf berkata, penahanan itu membabitkan sepasang suami isteri dan pasangan kekasih dengan nilai rampasan dadah berjumlah RM402,411.
Menurutnya, dalam serbuan pertama, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Temerloh menahan pasangan kekasih berumur 35 dan 41 tahun yang berada dalam bilik sewa di Taman Dahlia, Temerloh pada jam 11 malam, 2 Januari lalu.
"Kami berjaya merampas, sembilan paket plastik lutsinar berisi dadah disyaki Heroin seberat 60.67 gram dan enam paket lutsinar disyaki dadah jenis Syabu 7.76 gram.
"Ujian saringan awal terhadap dua suspek tersebut mendapati mereka positif dadah jenis Morfin dan masing-masing mempunyai lima serta tujuh rekod lampau berkaitan dadah," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang di sini, pada Khamis.
Bacaan lanjut berkenaan kejayaan Polis Pahang menumpaskan sindiket pengedaran dadah di dalam keratan akhbar terbitan
Sinar Harian.