Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

#WarAgainstDrugs VIDEO PILIHAN: POLIS SABAH RAMPAS DADAH RM1.99 JUTA DIISYTIHAR PERALATAN AKUARIUM

Kota Kinabalu, 12 Januari 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) kontinjen Sabah merampas dadah dipercayai jenis Methamphetamine bernilai RM1.99 juta, berat 55.4 kilogram (kg) dalam dua serbuan berasingan di sini pada 4 dan 9 Januari lepas, dan menahan seorang penggangur lelaki tempatan berusia 50 tahun bagi membantu siasatan.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, DCP Datuk Jauteh Dikun berkata, pihaknya percaya kegiatan itu didalangi satu sindiket yang menghantar dadah tersebut dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu menggunakan perkhidmatan kurier yang diisytihar sebagai peralatan akuarium.

Beliau berkata hasil perkongsian maklumat dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, serbuan dilakukan pada jam 4.15 petang 4 Januari lepas di tempat letak kereta sebuah syarikat penghantaran barangan di Inanam dan menahan suspek kes tersebut bersama sebuah kereta.

“Hasil pemeriksaan, pasukan serbuan berjaya merampas tiga kotak dadah dipercayai jenis Methamphetamine dengan berat 33.62 kg bernilai RM1.21 juta,” katanya.

Hasil siasatan lanjut rampasan pertama, PDRM merampas dua kotak berisi dadah dipercayai jenis Methamphetamine berat 21.78 kg bernilai RM784,000 dalam serbuan kedua di sebuah kawasan komersil di Bandaraya Kota Kinabalu pada jam 9.50 pagi, 9 Januari lepas.

Beliau berkata PDRM juga menyita wang tunai berjumlah RM102,097.87 berkaitan kes itu, dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut: https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: BERNAMA

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS