Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

VIDEO PILIHAN: PGA RAMPAS ROKOK SELUDUP RM1.6 JUTA

Kota Bharu, 26 Januari 2022 - Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 11,000 karton rokok seludup dianggarkan bernilai RM1.6 juta termasuk cukai dalam serbuan di Kampung Lundang Paku, Nilam Puri, Kelantan jam 3.30 pagi semalam.

Pegawai Pemerintah, Superintendan Mat Shukor Yusof berkata, serbuan dilakukan menerusi Op Kontraban selepas pasukan risikan ternampak Proton Ezora dan Mitsubishi Pajero dalam keadaan mencurigakan di Pantai Cahaya Bulan.

Katanya, pasukan risikan kemudiannya mengekori kedua-dua kenderaan sehingga ke Salor Lama sebelum disedari suspek yang kemudiannya memecut kenderaan sehingga ke Lundang Paku, Nilam Puri.

"Pemeriksaan yang dibuat menjumpai bungkusan plastik hitam mengandungi 220 kotak rokok berisi 11,000 karton rokok atau 2.2 juta batang rokok putih, manakala kenderaan yang dipandu suspek tidak dijumpai.

"Setelah menunggu dua jam dan tidak ada pihak yang datang menuntut rokok itu, kami membawa balik kesemua barang yang dirampas itu ke Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam sidang media di Kem Batalion 8 PGA Pengkalan Chepa, di sini, hari ini.

Beliau berkata, siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../pga-rampas-rokok-seludup...


Pautan: https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/videos/674118450259171/

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS