Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

POSTING PILIHAN: ‘DATUK SERI’ ANTARA SEMBILAN DITAHAN DALANGI SINDIKET TIPU PELABURAN - PENGARAH JSJK

Kuala Lumpur, 4 Mac 2022 - Polis menahan seorang lelaki mengaku 'Datuk Seri' dan lapan lagi rakan subahat termasuk enam wanita yang mendalangi kegiatan penipuan pelaburan membabitkan kerugian RM3.32 juta, dalam serbuan di sekitar ibu negara, Selangor dan Pulau Pinang, Selasa lalu.

Tangkapan ke atas sembilan suspek berusia antara 41 hingga 62 tahun itu hasil siasatan rapi dijalankan polis susulan 21 aduan oleh mangsa yang diterima polis, sejak tahun lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Mohd Kamarudin Md Din, berkata tangkapan turut membabitkan dalang utama sindiket itu iaitu seorang lelaki berusia 46 tahun dan turut dikesan memakai gelaran 'Datuk Seri' palsu.

"Sindiket ini mendalangi penipuan pelaburan berasaskan 'Preference Share' atau Saham Keutamaan yang dikenali dengan nama Pelaburan Planetrade (Plan E Investment).

"Ia dipromosi melalui media sosial dan disebarkan dari rakan ke rakan lain dan mereka yang berminat akan diberikan borang untuk diisi dengan serba serbi kelihatan seperti pelaburan sah," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../datuk-seri-antara-9...



May be an image of 3 people and people standing

May be an image of 5 people and people standing

May be an image of 1 person and standing

May be an image of 2 people

No photo description available.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS