Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

[POSTING PILIHAN] OPERASI BERSEPADU KHAZANAH: POLIS TUMPAS CUBAAN SELUDUP HIDUPAN LIAR

Kuala Krai, 6 April 2022 - Sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai, Kelantan telah merampas tujuh ekor hidupan liar spesis Burung Macaw ketika melakukan pemeriksaan ke atas sebuah kenderaan milik persendirian di Jalan Kota Bharu menghala ke Gua Musang pada 2 April yang lalu.

Rampasan dilakukan susulan pemilik kenderaan gagal mempamerkan dokumen penyimpanan hidupan liar tersebut daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).

Kesemua barang rampasan diserahkan kepada Jabatan PERHILITAN Negeri Kelantan untuk tindakan dan siasatan lanjut. Kes akan disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716].

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS