Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

[POSTING PILIHAN] OP KONTRABAN: PPM RAMPAS MINUMAN KERAS BERNILAI LEBIH RM100,000

Perai, 8 Jun 2022 - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu, Pulau Pinang berjaya merampas minuman keras bernilai lebih kurang RM118,691 dalam dua serbuan menerusi Op Kontraban di Taman Nagasari, Perai hari ini.

Komander PPM Wilayah Satu, ACP Shamsol Kassim berkata, serbuan itu dilakukan oleh sepasukan polis dari Unit Risikan Marin kira-kira jam 11.00 pagi hasil dari maklumat awam.

Dua warga asing berumur 30 hingga 40 tahun berjaya ditahan dan sejumlah 554 liter minuman yang tidak mempunyai cukai kastam bernilai RM118,691 turut dirampas.

Tangkapan dan rampasan kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 135 Akta Kastam 1967 serta Akta Eksais 1976.


May be an image of 1 person

No photo description available.

May be an image of drink

No photo description available.

May be an image of indoor
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS