Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

#WarAgainstDrugs POSTING PILIHAN: POLIS TUMPASKAN SINDIKET DADAH ANTARABANGSA, RAMPAS GANJA LEBIH RM2 JUTA

Georgetown, 13 Jun 2022 - Polis menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah antarabangsa selepas menahan lapan lelaki termasuk dua warga Thailand serta merampas 840 kilogram (kg) Ganja bernilai RM2.12 juta dalam dua serbuan di Pulau Pinang pada Jumaat dan Sabtu lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay berkata bertindak hasil maklumat dan risikan, JSJN Bukit Aman bersama JSJN Pulau Pinang melancarkan operasi di kawasan perumahan di Sungai Bakap, Nibong Tebal dekat sini dan menahan tujuh lelaki.

"Dalam serbuan pukul 1 pagi Jumaat itu, semua lelaki tersebut sedang memunggahkan ketulan-ketulan Ganja dari sebuah lori ke sebuah rumah di situ sebelum polis merampas 848 ketulan mampat Ganja seberat 840kg yang kesemuanya bernilai RM2.12 juta

"Susulan itu, polis menahan seorang lagi lelaki iaitu geng sindiket tersebut di Simpang Ampat, juga di Nibong Tebal. Tiada sebarang rampasan dadah dibuat bersama suspek berkenaan. Semua suspek yang ditahan termasuk dua lelaki Thailand itu berusia 35 hingga 59 tahun," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...


May be an image of 5 people, people sitting, people standing and text that says 'DIRAJA HALAYSIA SIDANG MEDIA JABATAN SIASATAN JENAYAH NARK IK PsU'

May be an image of 1 person and standing

May be an image of 4 people, people standing and text that says 'JABATAN SIASATAN JENAYAH NAR NUID ERSES'

May be an image of 7 people and people standing
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS