Kangar, 23 Februari 2023 - Polis menggagalkan cubaan sindiket dadah mengangkut 1.8 tan dadah jenis Syabu bernilai kira-kira RM64.8 juta dengan menggunakan lori tunda untuk menunda sebuah lagi lori yang membawa bahan itu.
“Ketika rondaan ketua pasukan operasi tersebut menahan sebuah lori yang sedang menunda lori yang tertutup dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat 27 guni yang setiap satu mengandungi 25 bungkusan disyaki dadah jenis Syabu di dalam lori yang ditunda tersebut,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis hari ini.