Johor Bahru, 19 Mac 2023 - Polis menahan dua penganggur dan merampas pelbagai jenis dadah, antaranya 21.27 kilogram Syabu, 727 gram serbuk Ecstasy dan 554 gram Ketamin, semuanya bernilai kira-kira RM849,192 dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Johor di sini, Selasa lalu.
Ketua
Polis Johor, CP Dato' Kamarul Zaman Mamat berkata, dua lelaki berumur 32 dan 38 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Johor antara pukul 5 petang dan 9 malam.
Beliau berkata, siasatan mendapati kedua-dua penganggur itu menjadikan rumah yang berpagar serta berpengawal sebagai stor dadah dan polis turut menyita kenderaan Toyota Vellfire, Proton Saga, sebuah motosikal, jam tangan serta wang tunai kira-kira RM1,730 dalam serbuan itu, yang dianggarkan bernilai RM160,430.
“Mereka mengedar jenis dadah yang dibungkus dalam paket kecil, dipercayai diedarkan untuk pasaran tempatan seperti di pusat-pusat hiburan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini.