Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

POSTING PILIHAN: POLIS RAMPAS ROKOK RM1.2 JUTA, TAHAN LELAKI 54 TAHUN

Muar, 17 April 2023 - Pihak polis berjaya merampas 1.2 juta batang rokok putih bernilai RM1.2 juta termasuk nilai cukai dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Naib Kadir, Bukit Pasir di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Muar, ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, sepasukan pegawai dan anggota Batalion 5 Pasukan Gerakan Am Simpang Renggam bersama Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Muar turut menahan seorang lelaki berumur 54 tahun dalam serbuan kira-kira pukul 2.30 petang itu.

“Pihak polis juga merampas sebuah kereta Proton Wira dan hasil pemeriksaan dalam rumah berkenaan menemukan 118 bungkusan rokok pelbagai jenama, dua telefon bimbit dan wang tunai RM1,699,” katanya dalam sidang akhbar di IPD Muar, di sini hari ini.

Modus operandi sindiket itu adalah mencari lokasi yang sunyi untuk memunggah rokok berkenaan sebelum diedarkan ke kedai runcit di sekitar daerah ini.

“Berdasarkan pasaran harga rokok berkenaan RM420,00 dan cukai kira-kira RM800,000. Tetapi rokok itu dijual 50 peratus lebih murah menyebabkan ramai pelanggan membelinya,” katanya sambil memaklumkan sindiket itu dipercayai bergiat aktif sejak sebulan lalu.

Semua rampasan dibawa ke IPD Muar untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Lelaki warga tempatan yang ditahan kini direman selama tujuh hari hingga 22 April ini.

Sumber: Polis Daerah Muar dan Utusan Online

Pautan: https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/posts/pfbid02EFD8HCoD9KmNxSXYyh54sBHShRCtzQaLejS649PVMPjdCyqzQqZGArGtHB8Lxs9fl


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS