Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

ARTIKEL PILIHAN: POLIS TAHAN PEMANDU LORI, RAMPAS ROKOK SELUDUP BERNILAI RM192,000

Kulim, 21 Mei 2023 - Polis menahan seorang lelaki dan merampas 3,200 karton rokok tidak bercukai dianggarkan bernilai RM192,000 di Jalan Lunas Kelang Lama, di sini, semalam.
Rokok seludup berkenaan ditemukan dalam lori dipandu suspek berusia 33 tahun ketika ditahan untuk pemeriksaan di tepi jalan.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata, sepasukan polis yang menerima maklumat kes berkenaan menahan lori dipandu lelaki terbabit jam 2.45 pagi.
"Hasil pemeriksaan lanjut polis menemui 64 kotak yang setiap satunya mengandungi 50 karton rokok seludup dalam lori 10 tan dipandu lelaki terbabit.
"Siasatan lanjut mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau bersabit kes jenayah dan kita merampas sebuah lori, 64 kotak mengandungi rokok, tujuh kunci serta telefon bimbit," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967 kerana disyaki membawa rokok seludup tanpa membayar cukai.
Orang ramai diminta membantu polis dalam pencegahan jenayah dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kepada bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim di talian 04-4906222.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS