Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

PENGARAH JSJN DAN PENGARAH JPJKK DIKURNIA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT PERSEKUTUAN TAHUN 2023

Seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Datuk Mohd Kamarudin Md Din serta Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Datuk Aidi Ismail atas Pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Jasa Negara (P.J.N.) yang membawa gelaran "Datuk".

Datuk Mohd Kamarudin serta Datuk Aidi dikurnia P.J.N. dalam Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan (DKBPP) Tahun 2023 sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang berlangsung di Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur, hari ini.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS