Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

#WarAgainstDrugs POSTING PILIHAN: SERBU PUSAT HIBURAN, POLIS RAMPAS DADAH LEBIH RM47 JUTA DI MIRI

Kuching, 20 Jun 2023 - Polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM47.2 juta dalam beberapa serbuan dilakukan di pusat hiburan dan stor penyimpanan dadah di Miri, Ahad lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato' Sri Mohd Kamarudin Md Din berkata, jumlah itu menjadikan ia rampasan dadah terbesar di Sarawak setakat ini.
Beliau berkata, kejayaan itu hasil lima serbuan dilakukan pegawai dan anggota JSJN Bukit Aman serta Sarawak di pusat hiburan dan stor penyimpanan dadah sekitar Miri antara jam 1.30 pagi hingga jam 4 petang Ahad lalu.
"Dalam operasi itu, polis merampas 768 kilogram (kg) dadah pelbagai jenis dianggarkan bernilai RM47.2 juta dan jumlah itu boleh digunakan seramai 2.5 juta penagih.
"Dadah yang dirampas itu ialah 81.8kg Methylenedioxy Methamphetamine, 686.7kg Ketamin dan 1.15 gram Pil Eramin 5," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Miri, hari ini.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../serbu-pusat-hiburan-polis...

Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM dan Berita Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS