Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

#WarAgainstDrugs POSTING PILIHAN: POLIS TAHAN EMPAT LELAKI, RAMPAS DADAH BERNILAI RM10.3 JUTA

Shah Alam, 30 Mac 2024 - Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang aktif di sekitar Lembah Klang dengan penahanan empat lelaki dan merampas 312.7 kilogram dadah disyaki Syabu bernilai RM10.3 juta dalam serbuan di sebuah rumah teres di sini, Rabu lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato’ Khaw Kok Chin berkata dalam serbuan pada 7.30 malam itu, Polis turut menyita pelbagai aset milik sindiket bernilai lebih RM2 juta terdiri daripada empat kenderaan mewah, wang tunai, dan barang kemas.

Beliau berkata kesemua yang berusia 23 hingga 40 tahun itu dipercayai bertindak selaku ‘transporter' dan 'koordinator' kepada sindiket berkenaan yang dikesan aktif sejak Oktober tahun lepas.

"Siasatan mendapati mereka menerima upah antara RM15,000 hingga RM30,000 untuk membawa masuk bekalan dadah dan mengedarkannya di Lembah Klang serta menyeludup ke luar negara.

"Dadah berkenaan dipercayai dibawa masuk dari negara jiran di utara Malaysia sebelum mereka membawanya ke Lembah Klang menggunakan kereta”, katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor disini hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,

https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

May be an image of 9 people, ambulance and text

May be an image of 8 people and text

May be an image of 5 people, ambulance, dais and text

May be an image of 5 people, dais and text

May be an image of 4 people, dais and text that says 'POLIS DIRAJA MALAYSIA G ME'

May be an image of 7 people and text

May be an image of 8 people, ambulance and text

May be an image of 3 people

May be an image of text

May be an image of money and text

May be an image of car and text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS