Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

[POSTING PILIHAN] PENGELUARAN RM24.2 JUTA: 10 TERMASUK PENGURUS BANK DIDAKWA ANGGOTA JENAYAH TERANCANG

Kota Kinabalu, 25 Julai 2024 - Sepuluh individu termasuk dua pengurus bank yang dikaitkan dengan pengeluaran RM24.2 juta wang deposit tetap sebuah bank didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.

Dua pengurus bank Iren Chin Nyuk Thein, 38, dan Christina @ Caroline Pianus, 53, dituduh atas kesalahan menjadi ahli kumpulan jenayah terancangan yang diketuai oleh Josepin J. Langkan, 38.

Turut dituduh Mazlani Jenuary, 53; Hasran Magin, 46; Leong Hin Ping, 62; T. Subramaniam, 56; Sugumaran K. Ponniah @ Mohd Daniel Abdullah, 56; Vireonis Jonok, 35; Nasir Abdul Rashid, 60.

Kesemua mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara 26 April dan 10 Julai lepas di cawangan MBSB Bank Berhad (MBSM Bank) di sini.

Pertuduhan dibuat di hadapan Hakim Amir Shah Amir Hassan mengikut Seksyen 130V (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minima lima tahun hingga 20 tahun jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada semua tertuduh.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...


May be an image of 2 people and text

May be an image of 2 people, dais and text

May be an image of 4 people, dais and text

May be an image of 8 people, speaker and text

May be an image of 4 people, dais and text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS