Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

#WarAgainstDrugs KERATAN AKHBAR PILIHAN: POLIS JOHOR RAMPAS DADAH RM2.04 JUTA

Johor Bahru, 29 Ogos 2024 - Sindiket pemproses, pembungkusan dan pengedaran dadah antarabangsa lumpuh, dengan penahanan pasangan kekasih dalam empat serbuan di lokasi berasingan sekitar Iskandar Puteri dan bandar raya ini, 17 Ogos lalu.
Ketua Polis Johor, CP M. Kumar S. Muthuvelu berkata, pihaknya turut merampas lebih enam kilogram (kg) pelbagai jenis dadah dengan nilai rampasan RM2.04 juta, serta perkakasan proses membuat dadah.
Katanya serbuan pertama, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Kontinjen Johor dan JSJN Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, menahan lelaki warga asing berusia 31 tahun yang dipercayai perancang di sebuah rumah teras berpagar dan berpengawal di kawasan Eco Flora, yang membawa kepada penemuan sejumlah dadah.
“Susulan penahanan lelaki terbabit, wanita berusia 38 tahun ditahan di tepi jalan Taman Setia Indah dan menunjukkan lokasi di rumah teres dan apartmen sekitar Johor Bahru.
“Hasil serbuan pihak polis merampas 3.672 kg serbuk Ekstasi bernilai RM613,340, 20.21 liter cecair Ekstasi (RM1,350,028), 1.85g pil Erimin 5,12.80g pil Ekstasi (RM2,100), 4.80g pil Epam Nitrazepam (RM160) dan 2.600 kg Syabu (RM83,200) yang keseluruhannya bernilai RM2.048 juta.
“Kita juga merampas peralatan memproses dadah serta "percusor" yang digunakan dalam memproses dadah. Polis turut menyita sebuah kereta (RM360,000), wang tunai RM131,598, pelbagai jenis barang kemas (RM8,880), wang tunai dolar Singapura (SG$100) serta tiga akaun bank yang keseluruhannya nilai sitaan RM630,596,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS