Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

#WarAgainstDrugs KERATAN AKHBAR PILIHAN: 143 POKOK, 1.7 KG GANJA BERNILAI LEBIH RM3.6 JUTA DIRAMPAS

KERATAN AKHBAR PILIHAN: 143 POKOK, 1.7 KG GANJA BERNILAI LEBIH RM3.6 JUTA DIRAMPAS

Miri, 16 September 2024 - Sebanyak 143 pokok ganja dan 1.7 kilogram Ganja bernilai lebih RM3.6 juta dirampas daripada dua lelaki menerusi serbuan di sebuah rumah di Jalan Piasau di sini, Jumaat lalu.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Dato Mancha Ata, berkata rampasan dan tangkapan dibuat pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri.

Beliau berkata, suspek berusia 61 dan 41 tahun itu yang juga majikan dan pekerja membeli benih Ganja dari luar negara secara dalam talian dan penghantaran dibuat menggunakan perkhidmatan kurier.

“Suspek menanam benih Ganja di kawasan kediaman secara sulit dan dadah yang dihasilkan dijual di sekitar Miri dengan harga RM100 untuk 100 gram,” katanya pada sidang media di Pejabat Narkotik IPD Miri, semalam.
Dato Mancha berkata, jumlah keseluruhan Ganja yang dirampas itu boleh digunakan 32,084 penagih.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS