Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

#WarAgainstDrugs POSTING PILIHAN: POLIS RAMPAS SYABU RM10 JUTA DISOROK DALAM SUV

Kajang, 17 Oktober 2024 - Polis merampas Syabu seberat 315 kilogram dianggarkan bernilai RM10 juta dalam serbuan di tempat letak kereta sebuah restoran makanan segera di Kajang Perdana, di sini, Sabtu lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato' Seri Khaw Kok Chin, berkata dadah ditemui dalam sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda HRV dipandu seorang lelaki.

Beliau berkata dalam serbuan jam 8.38 malam itu, polis menemui 15 guni beras Siam mengandungi keseluruhan 20 bungkusan plastik teh herba mengandungi dadah di tempat duduk penumpang belakang serta but kenderaan.

"Kita turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun yang juga pemandu kenderaan terbabit dipercayai berperanan sebagai 'runner' (penghantar dadah).

"Hasil soal siasat mendapati suspek mendapat upah sehingga RM10,000 untuk setiap kali penghantaran," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di sini, hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../polis-rampas-syabu-rm10...

Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM dan Berita Harian

May be an image of 5 people, car and text

May be an image of 6 people and text

May be an image of ‎2 people and ‎text that says '‎LIS ERAH ትንፍቀው! C.KF 安 ام م FENaKO RERITA asN AWANI دم NI‎'‎‎

May be an image of 5 people and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 6 people and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 11 people, dais and text that says '် அவட 9 SIDANGMEDIA IBI SIDANG MEDIA EJJABAT OLIS 25 .ERAH K JA JANG G 服始 原次号 KAJANG'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS