Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

#WarAgainstDrugs [POSTING PILIHAN] OP TARING SKY: POLIS TUMPASKAN CUBAAN SELUDUP DADAH BERNILAI RM3.2 JUTA DI TUMPAT

[POSTING PILIHAN] OP TARING SKY: POLIS TUMPASKAN CUBAAN SELUDUP DADAH BERNILAI RM3.2 JUTA DI TUMPAT

Kota Bharu, 3 November 2024 - Sebanyak 216,000 biji pil Yaba bernilai RM3.24 juta berjaya dirampas sepasukan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menerusi Op Taring Sky di Kampung Laut, Tumpat, semalam.
Komander Briged Tenggara PGA, SAC Dato' Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, rampasan tersebut dibuat selepas anggota Batalion 8 menjalankan serbuan di tepi sungai di kampung itu berdasarkan maklumat yang diterima pada kira-kira pukul 10 malam.

"Semasa pemantauan berikutan maklumat mengenai penyeludupan dadah, anggota PGA yang sedang melakukan intipan terlihat dua lelaki dalam keadaan mencurigakan di tepi sungai.
"Sebaik menyedari kehadiran anggota PGA, kedua-dua lelaki tersebut segera melarikan diri dengan tergesa-gesa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS