Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

ARTIKEL PILIHAN: POLIS RAMPAS MINYAK SAWIT, DIESEL BERNILAI LEBIH RM200,000

 
Kuala Lumpur, 13 April 2025 - Polis merampas lebih 10,000 kilogram (kg) minyak sawit mentah dan 5,400 liter diesel bernilai RM207,470 dalam Op Palma di sekitar Rasah, Negeri Sembilan bermula semalam hingga hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri berkata, serbuan pada 8 pagi semalam hingga 6 pagi hari ini turut menahan empat lelaki tempatan berusia antara 31 hingga 63 tahun serta menyita lima lori pelbagai jenis yang dipercayai digunakan dalam aktiviti penyeludupan.

Beliau berkata, risikan dan pemantauan operasi bersama Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) itu dilakukan di kawasan lapang berhampiran Taman Desa Rasah bagi membanteras kegiatan penyeludupan minyak sawit mentah menggunakan kenderaan perdagangan di jalan raya.

"Berdasarkan maklumat risikan, pasukan serbuan melakukan pemantauan pada 2 petang dan mengesan tiga lelaki sedang memindahkan cecair disyaki minyak sawit antara dua lori.

"Pemeriksaan terhadap lori pertama menemukan lima tangki simpanan pukal (IBC) mengandungi kira-kira 4,000 kg minyak sawit, manakala lori kedua mengandungi enam tangki IBC dengan 5,000 kg minyak sawit, sebuah pam bermotor lengkap dengan hos serta satu alat penimbang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bacaan lanjut menerusi pautan seperti berikut, https://www.hmetro.com.my/.../polis-rampas-minyak-sawit...

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS