Scam Alert
.....................................................................................................................................................................................................................................................

Penipuan Black Money

Penipuan Black Money



SCAM ALERT: Penipuan melibatkan mata wang asing atau lebih dikenali sebagai Black Money Scam adalah satu penipuan oleh sindiket warga Afrika dengan memperdaya mangsa yang dikenali di laman sosial untuk mengeluarkan sejumlah wang kononnya untuk membeli sejenis bahan kimia untuk mencuci "wang" dan dijanjikan hasil yang lumayan.

Modus operandi
1. Suspek menggunakan keratan kertas hitam bersaiz dolar... Amerika Syarikat kononnya wang kertas tulen yang sengaja dihitamkan (black money) untuk diseludup keluar negara tanpa dikesan oleh pihak berkuasa. 

2. Wang tersebut kononnya wang kekayaan bekas diktator yang meninggal dunia. 

3. Mangsa ditawarkan sebahagian daripada kekayaan tersebut sekiranya membantu membiayai kos membeli cecair kimia untuk membersihkan wang hitam tersebut. 

4. Mangsa terpedaya dengan tawaran berkenaan dan sanggup mengeluarkan sejumlah wang yang banyak untuk membeli cecair kimia yang dikatakan ‘mahal’ itu. 

5. Setelah memperolehi wang daripada mangsa, suspek menghilangkan diri.

Elakkan daripada menjadi mangsa penipuan ini dan berhati-hati sekiranya berurusan dengan orang yang dikenali melalui media sosial
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS