Scam Alert
.....................................................................................................................................................................................................................................................

Penipuan Jual Beli Barangan Rampasan

Penipuan Jual Beli Barangan Rampasan



SCAM ALERT: Memperdaya mangsa dengan menyatakan barangan murah boleh diperolehi kononnya daripada agensi kerajaan. Mangsa kebiasaannya terdiri dari kalangan pelajar institusi pengajian tinggi dan mereka yang baru menempuh alam pekerjaan.

Modus operandi yang digunakan:

Kes pertama...
1. Mangsa menerima SMS / panggilan telefon daripada suspek yang mengatakan mempunyai kenalan di agensi kerajaan untuk menjual harta rampasan seperti TV plasma, laptop, telefon bimbit, kamera digital dengan harga murah. 
2. Jika bersetuju, mangsa dikehendaki membuat bayaran melalui akaun bank yang diberikan suspek. 
3. Selepas bayaran dibuat suspek gagal dihubungi.

Kes kedua
1. Suspek datang berjumpa mangsa dan mengaku rakan kepada Pegawai agensi kerajaan.
2. Suspek menawarkan untuk mendapatkan tender TV plasma, laptop, telefon bimbit , kamera digital dengan harga murah.
3. Suspek menghilangkan diri setelah mendapat bayaran tunai dari mangsa.

Kes Ketiga
1. Mangsa terlihat iklan mengenai jualan/lelongan barang rampasan agensi kerajaan dengan harga yang murah di laman web. 
2. Mangsa kemudian, menghubungi nombor telefon ‘orang tengah’ yang diberikan dalam laman web tersebut. 
3. Mangsa bersetuju dan membuat bayaran melalui akaun bank yang diberikan oleh suspek.
4. Suspek berjanji akan menghantar barang yang dikatakan tetapi sehingga laporan polis dibuat, mangsa tidak terima barang yang dijanjikan dan suspek gagal dihubungi.

Orang ramai dinasihatkan supaya membuat semakan dengan pihak berkenaan apabila menerima sebarang tawaran jualan barangan murah
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS