Scam Alert
.....................................................................................................................................................................................................................................................

Penipuan Melalui SMS

Penipuan Melalui SMS



Orang ramai diingatkan supaya tidak mudah percaya dengan khidmat pesanan ringkas yang menyatakan anda memenangi hadiah wang tunai berjumlah ribuan ringgit daripada syarikat minyak, minuman atau telekomunikasi terkenal di Malaysia.

Dapatkan pengesahan terlebih dahulu daripada syarikat berkenaan sekiranya benar terdapat penganjuran sesebuah peraduan yang dikendalikan oleh pihak mereka.

Jangan cepat ‘gelap mata’ dengan tawaran/hadiah yang tidak munasabah, kelak diri dan keluarga mungkin menderita.

Sindiket penipuan yang memperdaya mangsa menggunakan taktik seperti berikut:

1. Mangsa menerima sms mengatakan "tahniah, simkad anda telah memenangi hadiah wang tunai yang bernilai ribuan ringgit daripada syarikat tertentu". 

2. Kemudian sindiket mengarahkan mangsa supaya menghubungi nombor telefon yang diberikan.

3. Apabila dihubungi, mangsa diarahkan supaya pergi ke ATM untuk proses penerimaan wang hadiah.

4. Mangsa kemudian mengikut segala arahan yang diberikan oleh suspek tanpa membuat semakan dari syarikat penganjur terlebih dahulu kerana terlalu ghairah untuk mendapatkan wang kemenangan.

5. Setelah membuat semakan, didapati wang hadiah yang dijanjikan tidak diperolehi malah baki wang akaun mangsa berkurangan. Mangsa cuba menghubungi suspek tetapi gagal.
 

Terdapat 4 kaedah yang digunakan oleh sindiket untuk mengambil wang daripada mangsa iaitu:
i) Deposit wang tunai terus ke dalam akaun bank yang diberikan suspek.

ii) Pindahan wang dari akaun mangsa ke akaun yang diberikan suspek. (mangsa hanya mengikut arahan suspek melalui telefon dan tidak sedar diperdaya).

iii) Suspek mengaktifkan online banking milik mangsa dan kemudiannya pindahkan wang mangsa. (mangsa hanya mengikut arahan suspek melalui telefon dan tidak sedar diperdaya).

iv) Mangsa diarah tambah nilai (Top-up) nombor-nombor telefon pra-bayar suspek.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS