Scam Alert
.....................................................................................................................................................................................................................................................

[SCAM ALERT] AMARAN PHISHING: PENIPUAN DAN PENCURIAN DATA

 

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memberi amaran kepada orang awam mengenai cubaan menipu dan mencuri data yang disebar melalui media sosial, yang meminta mereka untuk menjawab kaji selidik bagi menyemak kelayakan mereka untuk menerima insentif sebanyak RM 10,000.

Ini adalah laman web PALSU yang bertujuan menipu dan mencuri data peribadi ahli. Orang ramai digesa tidak menjawab kaji selidik tersebut untuk mengelakkan data peribadi mereka dikongsi dengan pihak ketiga yang tidak sah.

Untuk sebarang penjelasan mengenai perkhidmatan KWSP, rujuk laman web rasmi di www.kwsp.gov.my Laporan mengenai sebarang mesej yang meragukan dalam media sosial boleh dibuat melalui Pertanyaan atau hubungi 03-89226000.

Sumber: https://www.kwsp.gov.my/ms/-/amaran-phishing-penipuan-pencurian-data-

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS