Scam Alert
.....................................................................................................................................................................................................................................................

SCAM ALERT: AWAS! JANGAN SAMPAI HATI ANDA 'DIGODAM'


Jika anda tertarik dengan tawaran ‘indah’ di laman sosial seperti pekerjaan bergaji tinggi, hadiah lumayan atau mesej peribadi dari lelaki tampan dan kaya yang mahu menumpang kasih sayang, awas! Hati anda sedang ‘digodam’.

Rata-rata daripada kita sentiasa menggunakan laman sosial dan anda perlu bijaksana agar tidak tergolong dalam ribuan pengguna yang menjadi mangsa penipuan siber saban tahun.

Berikut disertakan panduan agar anda tidak menjadi mangsa seterusnya.

1. Elakkan berkongsi perasaan di media sosial seperti mengemas kini status yang menunjukkan anda dalam kesunyian, sedang mencari pasangan hidup, terdesak untuk memiliki seseorang atau seumpamanya kerana status sebegini boleh menarik perhatian penjenayah siber.

2. Jangan terlalu mudah menerima permohonan untuk menjadi rakan di media sosial sebaliknya memastikan dahulu sama ada akaun berkenaan benar-benar wujud atau palsu.

3. Sentiasa meletakkan keraguan berkaitan perkara-perkara yang indah seperti tidak mudah terpedaya dengan sebarang pujian dan pujuk rayu rakan media sosial.

4. Jangan mudah percaya dengan sebarang tawaran (antaranya pemberian hadiah, bunga, coklat dan lain-lain).

5. Sekiranya ada sebarang komunikasi membabitkan wang, anda perlu lebih berhati-hati dengan keadaan itu kerana penipuan sedang mula memasuki fasa bagi mencapai objektif utama mereka iaitu mendapatkan wang secara mudah dengan menipu.


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS