Scam Alert
.....................................................................................................................................................................................................................................................

[POSTING PILIHAN] SCAM ALERT: WASPADA PENIPUAN PENJUALAN PERABOT DI MEDIA SOSIAL

Pembelian barangan secara dalam talian (online) menjadi trend kepada pengguna, lebih-lebih lagi semenjak arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikeluarkan.

Bukan sahaja barangan keperluan harian, malah perabot juga menjadi kegemaran pengguna untuk lebih mudah berurusan secara "online".

Namun demikian, terdapat kegiatan penipuan oleh pihak tertentu yang menjual perabot 'tidak wujud' di media sosial, dengan menggunakan taktik berikut:

1. Mengiklankan perabot dengan meletakkan gambar dan harga menarik di Facebook atau Whatsapp.

2. Menggunakan akaun bank atas nama individu untuk sebarang urusan pembayaran pendahuluan oleh pembeli yang berminat.

3. Sejurus menerima bayaran daripada pembeli, akaun Facebook jualan perabot berkenaan akan ditutup. Pembeli juga tidak dapat menghubungi penjual kerana nombor mereka telah disekat.

4. Akaun Facebook baharu akan diwujudkan bagi melakukan perkara yang sama kepada lain-lain pembeli yang terpedaya dengan taktik tersebut.

Orang ramai dinasihatkan agar jangan mudah terpedaya dengan tawaran harga yang tidak munasabah dan sentiasa memastikan sebarang urusan pembelian dibuat melalui platform rasmi syarikat.

Jangan sesekali berurusan melalui mana-mana akaun media sosial yang tidak jelas latar belakangnya.

Sumber: Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police





PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS