Scam Alert
.....................................................................................................................................................................................................................................................

SCAM ALERT: WASPADA SERANGAN "PHISHING” MELALUI INSTAGRAM

"Phishing" adalah satu bentuk serangan oleh penjenayah siber bagi memperoleh maklumat peribadi secara tidak sah atau lain-lain informasi penting seperti kata laluan yang membolehkan mereka mengakses akaun bank anda dan seterusnya mengambil alihnya tanpa disedari.

Terbaharu, serangan tersebut dilakukan terhadap pemilik akaun Instagram melalui pemerdayaan yang kononnya dari pihak Instagram sendiri. Penjenayah mensasarkan mangsa yang kurang celik mengenai teknologi maklumat atau tidak peka dengan taktik penipuan dalam talian.

Anda dinasihatkan supaya tidak mendedahkan butiran peribadi di mana-mana platform media sosial atau melayani panggilan telefon daripada pihak yang tidak dikenali.

Sumber: Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police

1
2
3
4
5
6
7
8
9

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS