Scam Alert
.....................................................................................................................................................................................................................................................

[VIDEO PILIHAN] SCAM ALERT: WASPADA SINDIKET PENIPUAN "MACAU SCAM" SASAR WARGA PENDIDIK


Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima sebanyak 377 laporan kes penipuan panggilan telefon (Macau Scam) yang melibatkan guru dan pesara guru pada tahun ini dengan jumlah kerugian berjumlah RM9,138,498.17.

Kes terbaharu melibatkan seorang pesara guru di Pulau Pinang yang terpedaya dengan panggilan telefon oleh seorang individu menyamar dari Telekom Malaysia.

Mangsa dikatakan mempunyai tunggakan bayaran bil internet dan apabila menafikan perkara tersebut, beliau diminta untuk membuat laporan polis di Kuantan, Pahang.

Talian mangsa kemudiannya disambungkan kepada seorang individu lain bernama "Sarjan Juhari" dan dimaklumkan pula terlibat dengan jenayah penggubahan wang haram.

Kerana takut atas 'kesalahan' yang dilakukan, mangsa telah membuat pemindahan wang secara berperingkat ke akaun-akaun keldai dan mengalami kerugian sebanyak RM124,000.00

PDRM ingin mengingatkan orang ramai agar tidak melayani sebarang panggilan daripada nombor yang tidak dikenali dan sebagai makluman, pihak berkuasa tidak akan berurusan melalui panggilan telefon dan meminta maklumat perbankan anda.

Sekiranya anda mempunyai sebarang aduan atau pertanyaan berkaitan penipuan dalam talian, boleh salurkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil di talian 03-2610159 atau 013-2111222.

Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK

https://www.facebook.com/JSJKPDRM/videos/434770120858505
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS