Scam Alert
.....................................................................................................................................................................................................................................................

[SCAM ALERT] KERATAN AKHBAR PILIHAN: JERAT SINDIKET ‘SUGAR MUMMY’, USAH LAYAN UMPANAN

Kuala Lumpur, 9 Julai 2021 - Orang ramai dinasihati supaya tidak mudah 'tergoda' dengan tawaran wang ringgit lumayan selain gambar diri sendiri untuk promosi sesuatu program kerana ia akhirnya menjurus kepada menjadi mangsa penipuan.

Itu saranan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, CP Dato’ Mohd. Kamarudin Md. Din, berhubung sindiket ‘Sugar Mummy’ yang memperdayakan orang ramai termasuk mengambil kesempatan terhadap desakan hidup mereka.

Dato’ Mohd. Kamarudin berkata, orang ramai sepatutnya tidak mudah terpesona dengan sebarang bentuk tawaran dan umpanan.

"Kita jangan mudah terpesona dengan gambar profil yang cantik atau tampan digunakan di media sosial semata-mata untuk menarik perhatian umum.

"Pengguna juga jangan cepat terpedaya dengan kata-kata manis atau janji yang indah kerana itu satu daripada ciri digunakan sindiket penipuan.

"Langkah utama yang perlu diambil perhatian adalah berhati-hati dalam memilih rakan melalui laman sosial atau alam maya terutamanya individu yang tidak dikenali," katanya.

Dato’ Mohd. Kamarudin berkata, orang ramai dinasihati supaya tidak terbabit dalam kegiatan ‘Sugar Mummy’ atau ‘Sugar Daddy’ dan meminta mangsa untuk tampil mengemukakan laporan polis.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.

May be an image of 1 person and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS