Scam Alert
.....................................................................................................................................................................................................................................................
#BeSmartStayAlert [POSTING PILIHAN] SCAM ALERT: AWAS! WASPADA SINDIKET PENIPUAN PENYAMARAN PANGGILAN LHDN
Orang ramai dinasihatkan tidak mudah terpedaya dengan sindiket penipuan panggilan telefon dengan menyamar sebagai wakil atau kakitangan dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), meminta menjelaskan bayaran tertunggak cukai dan mendakwa anda terlibat dengan jenayah penggubahan wang haram.
Anda dinasihatkan supaya berhati-hati dan mendapatkan pengesahan terlebih dahulu daripada pihak LHDN jika menerima panggilan sebegitu.
Ketahuilah bahawa sebarang bayaran cukai hendaklah dibuat terus ke akaun rasmi LHDN dan bukannya melalui individu mahupun pihak ketiga.