Scam Alert
.....................................................................................................................................................................................................................................................

#BeSmartStayAlert USIK-USIK: INGAT, ANDA LEBIH BIJAK DARIPADA "SCAMMER"!

Siapa kata ahli sindiket penipuan ini pandai? Mereka sebenarnya hanya 'mencuba nasib' dengan menghubungi sasaran secara rawak.

Sebenarnya, jika anda peka dan tahu taktik atau modus operandi yang sering digunakan oleh sindiket tersebut, tidak mungkin anda menjadi mangsa.

Malah, anda boleh mengenakan mereka semula hingga ada yang terduduk dan ‘terciduk’!
Nasihat kami, sekiranya anda menjadi 'insan terpilih' oleh sindiket, kunci utama - jangan cepat tergoda jika ditawarkan hadiah lumayan atau panik jika diminta membayar sejumlah wang.

Sebaiknya, hubungi atau lapor segera aktiviti mencurigakan itu melalui saluran yang telah disediakan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil seperti berikut,

Ingat, sentiasa waspada dan tingkatkan kesedaran dengan trend jenayah semasa, kerana percayalah tidak mungkin "scammer" lebih bijak daripada anda!

Kredit gambar: Shopee

May be an illustration

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS