Scam Alert
.....................................................................................................................................................................................................................................................

#BeSmartStayAlert [KERATAN AKHBAR PILIHAN] SCAM ALERT: PENIAGA BIJAK SEMAK NOMBOR AKAUN GAGAL DIJERAT SCAMMER

Kuala Terengganu, 16 Mei 2022 - Tindakan bijak peniaga membuat semakan nombor akaun menyelamatkan dirinya daripada menjadi mangsa sindiket penipuan menggunakan nama Ketua Polis Terengganu pada Jumaat.

Lelaki berusia 44 tahun berkenaan sebelum itu dikatakan menerima panggilan telefon daripada nombor tidak dikenali jam 4.30 petang.

Pemanggil itu mendakwa sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sambil mendakwa mangsa mempunyai tunggakan cukai RM39,600.90 lalu diarah memberi maklumat peribadi untuk semakan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Terengganu, Superintendan M Zambri Mahmud berkata, mangsa didakwa mempunyai satu notis dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri yang ditandatangani Ketua Polis Negeri.
Katanya, selain itu mangsa turut didakwa terbabit kegiatan pengedaran dan pengubahan wang haram berjumlah RM2.28 juta.

"Ahli sindiket itu kemudian menyambungkan panggilan kepada seorang lelaki yang dikatakan pegawai Bank Negara Malaysia (BNM).

"Lelaki itu mengarahkan mangsa memberikan maklumat perbankan dalam talian dan diminta membuat pindahan wang ke akaun diberikan," katanya dalam kenyataan, semalam.

Katanya, mangsa tidak mengikut arahan lelaki itu lalu membuat semakan dan mendapati nombor akaun diberikan bukan nombor akaun BNM, sebaliknya milik individu.

Orang ramai boleh menghubungi CCID Scam Response Center di talian 03-26101559 atau 03-26101599 jika menjadi mangsa penipuan atau menerima panggilan yang mencurigakan.

Selain itu, semakan nombor telefon dan nombor akaun boleh dilakukan di laman sesawang https://semakmule.rmp.gov.my/ sebelum membuat sebarang transaksi.

Sumber: Harian Metro

May be an image of text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS